Thursday, 8 December 2011

LATAR BELAKANG SJK TAMIL KANGAR, PERLIS

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL KANGAR PERLIS telah beroperasi hampir 40 tahun yang lalu. Pengasas sekolah ini ialah Encik Dahlia dan beliau telah meninggal dunia tiga tahun yang lalu. Sekolah ini terletak berhadapan dengan SMK Derma suatu ketika dahulu dan kelihatan seperti sebuah pondok. Selepas beberapa tahun beroperasi, akhirnya sekolah ini telah ditempatkan di kawasan Jalan Kampung Pondok dengan tanah seluas tiga hektar dan terdpat sebuah bangunan dengan beberapa bilangan buah kelas. Sebenarnya, bangunan itu adalah bangunan asal SK Putra. Kini SJK Tamil berdiri dengan begitu megah iaitu bangunan dua tingkat dengan pelbagai bilik-bilik khas.